Pembelajaran Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah

Pembelajaran
merupakan suatu aktiviti seumur hidup yang berlaku pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja sepanjang hayat hidup seseorang manusia untuk memperolehi
sesuatu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Ab Hamid & Tan (2006)
menyatakan pembelajaran satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tingkah laku serta pembentukan sikap dan kepercayaan
melalui pengajaran, pengalaman atau latihan. Gagne (1985 dalam Ee Ah Meng,
2003) menyatakan bahawa proses pembelajaran terdiri daripada beberapa fasa,
iaitu motivasi/perhatian, jangkaan, perolehan, ingatan kembali, pemilihan
persepsi, mengekod dan menyimpan jangka panjang, gerak balas atau prestasi,
maklum balas dan peneguhan serta generalisasi.

 

21Setiap individu mempunyai latar belakang, motivasi
dan keutamaan yang berbeza dalam proses pembelajaran mereka (Nor Azan, Halimah
& Shahrul Azman, 2009). Teori pembelajaran merupakan satu set konstruk yang
menghubungkaitkan perubahan yang diperhatikan dalam sesuatu prestasi dengan
kemungkinan yang difikirkan boleh membawa perubahan tersebut (Ee Ah Meng,
2003). Sehubungan itu, pelbagai teori pembelajaran telah diperkenalkan dalam
menyampaikan sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Oleh itu seseorang pendidik perlu
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang berkaitan serta menggunakan
strategi yang sesuai untuk memastikan objektif dan matlamat PdP yang
dilaksanakan tercapai seperti yang dirancang. Terdapat tiga teori pembelajaran
utama yang menyokong pembelajaran elektronik dan persekitaran pembelajaran maya
(VLE). Teori pembelajaran tersebut adalah teori pembelajaran Kognitif, teori
pembelajaran Konstruktivisme dan teori pembelajaran Konektivisme. Oleh itu,
pengkaji akan menggunakan ketiga-tiga teori pembelajaran ini dalam menjalankan
kajian. Berikut adalah huraian ringkas mengenai teori-teori pembelajaran
tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

2.2.1    Teori
Pembelajaran Kognitif

Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran adalah proses membentuk struktur kognitif dalam ingatan dengan
menggunakan keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan
menggunakan semula pengalaman yang dipelajari serta menyimpannya di dalam
ingatan. Kesediaan kognitif merujuk kepada mental seseorang untuk belajar
sesuatu dan sangat berkaitan dengan peringkat

 

perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, mensintesis dan menilai. Kesediaan kognitif pula ialah persediaan
tingkah laku yang akan menentukan sejauh mana suatu tugasan pembelajaran boleh
dipelajari oleh pelajar. Manakala kesediaan afektif merujuk kepada sikap,
semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap dan
minat pelajar untuk belajar dalam suatu bidang yang diminati (Ee ah Meng ,
2003). Menurut (Riding dan Rayner,1998 dalam Nor Azan et. al, 2009) pula, cara
dan kaedah pembelajaran seseorang menerangkan tabiatnya dalam mendekati tugas
pembelajaran, terdiri daripada dua aspek asas iaitu, pembelajaran kognitif yang
mencerminkan cara berfikir dan strategi pembelajaran yang mencerminkan proses
yang digunakan untuk respon terhadap keperluan aktiviti pembelajaran. Gaya
pembelajaran turut dikatakan sebagai strategi individu yang digunakan dalam
menghadapi persekitaran dan bahan pelajaran. Strategi yang dibina adalah
bertujuan untuk menggunakannya dengan berkesan dalam gaya pembelajaran kognitif
masing-masing.

 

 

Apabila pelajar mempunyai persediaan kognitif dan
afektif yang baik dan seimbang diikuti dengan penggunaan kemudahan teknologi
terkini, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan
kecenderungan untuk menyelesaikan masalah dan memperoleh kejayaan dalam sesuatu
tugasan pembelajaran adalah lebih besar. Keupayaan untuk menghubungkaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi boleh meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran berfikir dengan kritis dan
kreatif (KBKK).

 

 

Dalam kajian Nor Azan et. al (2009) gaya pembelajaran
yang diguna pakai adalah gaya pembelajaran kognitif dan kecenderungan modaliti
visual-verbal, yang mana didapati dominan dalam kalangan pelajar tingkatan satu
dan dua yang dikaji pada peringkat analisis awal. Berdasarkan gaya pembelajaran
tersebut, individu cenderung menerima maklumat sama ada berbentuk visual atau
verbal dan seterusnya memproses maklumat tersebut berdasarkan kecenderungan
memproses maklumat secara analitik atau secara global. Hal ini bermakna,
pengajaran yang menggunakan kaedah yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar
akan memudahkan pelajar menerima dan memahami konsep yang diajar. Justeru,
dalam pembelajaran maya seperti melalui laman-laman web yang mempunyai
ciri-ciri hiperteks, hipermedia dan interaktif seperti audio, video, animasi,
simulasi, interaktiviti dan exploratori dapat meningkatkan kemahiran yang
membolehkan pembelajaran berasaskan teori kognitif dapat dilaksanakan
penggunaanya dalam proses PdP. Dalam kajian Turino, Yuliman

 

&         Arief
(2009) pula mendapati pembelajaran Bahasa Inggeris dengan mengintegrasikan
kandungan pembelajaran di dalam pembelajaran elektronik mampu meningkatkan
aspek kemampuan kognitif pelajar.

 

 

2.2.2    Teori
Pembelajaran Konsruktivisme (TPK)

 

 

Teori Pembelajaran Konsruktivisme (TPK) menekankan
pembinaan pengetahuan dan konsep secara aktif dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan
binaan intelektual yang

 

 

sedia wujud (Brine,1999 dalam Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). TPK berasaskan kepada penglibatan aktif pelajar dalam
menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran dan
ini semestinya relevan juga menarik. Menurut Ee Ah Meng (2003), Prinsip asas
TPK adalah :

 

•           Pengetahuan
dibina oleh pelajar.

 

•           Setiap
pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas.

 

•           Proses
pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.

 

•           Guru
dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar.

 

Kebanyakan pengkaji berpendapat pembelajaran setiap
individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada
orang lain. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), pengetahuan yang
dibina secara aktif oleh individu yang berfikir adalah berdasarkan kepada
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru dalam mindanya. Pendapat ini menguatkan lagi Teori
Konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan
pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan
dengan menekankan kepentingan penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti
pembelajaran.

 

 

TPK menyediakan ciri-ciri suasana pembelajaran aktif
sekali gus menyokong penglibatan pelajar dan melalui penglibatan ini
pengetahuan mereka terbina dengan

 

25

 

 

 

 

 

 

 

 

sendiri dalam sesuatu proses pembelajaran. Dalam
paradigma konstruktivisme, guru bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator
dan perancang manakala pelajar memainkan peranan aktif dalam aktiviti
pembelajaran berasaskan pengalaman sedia ada. Pelajar belajar mengikut tugasan
bersituasi, memperkayakan kemahiran metakognitif melalui pembelajaran
koperatif. Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dengan aktiviti-aktiviti
‘hands on’ semasa menghasilkan projek. Pelajar dapat menggunakan kemahiran dan
pengalaman yang sedia ada ketika menjalankan aktiviti pembinaan projek. Pelajar
boleh belajar pada tahap kemampuan dalam suasana yang sebenar. Pelajar tidak
lagi digalakkan menghafal tetapi digalakkan meningkatkan tahap pemikiran tinggi
bagi menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung, kemahiran berkomunikasi
mereka dapat dipertingkatkan, iaitu tidak terkongkong kepada pembacaan secara
sendiri dan menghafal fakta daripada buku teks (Fauziah, 2010).

 

 

 

 

 

Ciri-ciri Teori Konstruktivisme tersebut sesuai dengan
pembelajaran atas talian kerana ianya berasaskan pemusatan pelajar yang
menekankan penglibatan pelajar dalam menjana idea dan menyelesaikan sesuatu
masalah secara aktif. Dalam kajian yang dilakukan oleh Robiah & Nor Sakinah
(2007), dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil tugasan pelajar yang diajar
dengan kaedah pembelajaran konstruktivisme dalam penghasilan projek web adalah
lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua
pautannya berfungsi. Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran
inkuiri ini juga sangat sesuai dalam pembelajaran maya kerana dapat memupuk
kerja secara berkumpulan,

 

26

 

 

 

 

 

 

 

 

meningkatkan minat kerana memperolehi pengalaman baru
serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di
samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

x

Hi!
I'm Alejandro!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out